Sunday, September 30, 2012

Rumah Amal Selawat Nabi (Sandakan)


                                   
PROFAIL
RUMAH AMAL SELAWAT NABI
LOT 42, TAMAN UJANA SEJATI,
BATU 7, JALAN AIRPORT,
90000, SANDAKAN
SABAH.
Di bawah naungan: PERTUBUHAN AMAL CAHAYA KASIH (SABAH) (ROS:0121-11-SBH)

KASIH SAYANG KEPERLUAN SETIAP INSAN
**********************************************

Pelajar-pelajar RASN Sandakan
                      
                               

PROFAIL
RUMAH AMAL SELAWAT NABI (RASN)

MUKADDIMAH
  Wahai orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh urusan harta dan anak- anak kamu daripada mengingati Allah. Siapa yang melakukan demikian, mereka itu adalah orang-orang yang rugi. Nafkahlah sebahagian rezeki yang KAMI berikan kepada kamu, sebelum seseorang daripada kamu sampai kepada ajal maut. Maka dia akan merayu dengan berkata “Wahai Tuhanku , alangkah baiknya kalau ENGKAU melambatkan kedatangan ajal mautku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang soleh”. Allah sekali-kali tidak akan melambatkan kematian seseorang apabila sampai ajalnya Allah Maha Mengetahui dalam pengetahuan Nya, mengenai apa yang kamu kerjakan.”                                                            
                                                                                                                 (Al Munafiqun: (63) ayat 9-11)


Sesungguhnya perintah berkorban pada jalan Allah, menjadi satu syarat bagi Umat Islam mendapat keselamatan di sisi Allah dunia akhirat. Semoga kita menjadi orang yang mendapat keselamatan kerana bijak dalam mengatur rezeki.

PENGENALAN

RUMAH AMAL SELAWAT NABI (RASN) adalah badan SUKARELAWAN /NGO yang menjalankan aktiviti penjagaan, kebajikan dan pembangunan pendidikan Islam untuk golongan  yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, yatim piatu dan miskin, remaja bermasalah, keluarga saudara baru, ibu-ibu tunggal dan asnaf zakat. RASN bernaung di bawah PERTUBUHAN AMAL CAHAYA KASIH (PACK),  ditubuhkan pada 12 Januari 2011 dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Negeri Sabah (No Pendaftaran : 0121-11-SBH).
Sumbangan kewangan kepada PACK mendapat pengiktirafan  pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan no daftar  LHDN: F21234877103

Pada Julai 2012, RASN telah memulakan operasinya di Sandakan, Sabah dengan membuka sebuah rumah penjagaan (asrama) yang beralamat:

LOT 42, TAMAN UJANA SEJATI,
BATU 7, JALAN AIRPORT,
90000, SANDAKAN
SABAH.

Rumah amal ini menjadi asrama penjagaan yang menempatkan anak-anak daripada golongan asnaf zakat. Anak-anak di bawah jagaan PACK diasramakan, diberi pendidikan serta latihan kemahiran. Di samping anak-anak yang tinggal di asrama, RASN juga menjadi badan yang membantu menyalurkan sumbangan membiayai kos-kos perbelanjaan harian dan pembelajaran anak-anak golongan asnaf zakt yang berada di rumah atau tempat masing-masing.



OBJEKTIF 

  • Melahirkan generasi yang seimbang pembangunan rohani dan jasmani bermodalkan model pendidikan Takut Dan Cinta Tuhan.
  • Menjadi saluran dan berperanan mengagihkan nikmat kepada golongan yang tidak berkemampuan.
  •  Melahirkan insan yang memiliki jati diri yang teguh dalam menempuh arus globalisasi yang semakin mencabar. 
  • Membela golongan yang memerlukan agar mendapat kasih sayang dan pendidikan yang sewajarnya. 
  • Membimbing remaja yang telah tersasar dan terabai kepada kebenaran dan memberi sinar harapan kepada mereka.
  • Menjadi wadah untuk golongan yang berada dan golongan yang kurang berada agar saling bantu membantu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan berkasih sayang. 
  • Membantu sistem pendidikan berteraskan agama Islam kepada masyarakat yang inginkan kaedah pembelajaran Pendidikan Rasululah secara percuma dan bersumbangan.


AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

  • Menyediakan asrama dan keperluan makan minum, pakaian dan pengangkutan.
  • Menyediakan sekolah/kelas untuk pembelajaran.
  • Mengadakan kelas Fardhu Ain, Al-Quran, Tuisyen, Khidmat Nasihat Dan Motivasi bagi untuk pelajar dan masyarakat setempat atau bagi sesiapa yang berminat. 
  • Menyalurkan sumbangan kewangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan asnaf zakat.
  • Mengadakan aktiviti luar seperti rehlah, lawatan dan ziarah sebagai mempelbagaikan cara untuk menyampaikan kefahaman dan penghayatan  Islam. 
  • Menyediakan latihan-latihan kemahiran seperti masakan dan jahitan bagi anak-anak perempuan, berkebun dan bertani bagi anak-anak lelaki.


MAKLUMAT-MAKLUMAT RASN

Bernaung di bawah Pertubuhan:

PERTUBUHAN AMAL CAHAYA KASIH (SABAH)
No Pendaftaran : 0121-11-SBH
Ditubuhkan pada 12 Januari 2011
(berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Negeri Sabah)
Pengiktirafan  pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan no daftar:    LHDN: F21234877103

Alamat Rumah Amal:

LOT 42, TAMAN UJANA SEJATI,
BATU 7, JALAN AIRPORT,
90000, SANDAKAN
SABAH.

No.Telefon untuk dihubungi:
a.      Puan Ainul Mardhiah Hj Nasri           0198601974 / 0178295705
b.      Puan Radhiah Saedin                          0178331363
c.       Puan Roslina Sulaiman                       0134290046
No. Akaun Bank:                                 1570 9112 3029 (Roslina Sulaiman)

PENUTUP

          Besarlah harapan kami agar pelbagai golongan sama ada individu, syarikat, pertubuhan turut serta berganding bahu dan berkongsi nikmat dalam membantu golongan ini dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan sama ada dalam bentuk barangan mahu pun kewangan / zakat. Diharapkan aktiviti ini dapat melahirkan masyarakat yang  prihatin, saling berkasih sayang , bantu-membantu dan saling membela antara satu sama lain.
        Semoga RASN bukan sekadar menjadi saluran dan kebajikan golongan yang memerlukan, bahkan yang utama sebagai wadah kasih sayang serta bimbingan ilmu untuk menjadi hamba Tuhan yang bertaqwa. Segala perhatian dan bantuan yang diberikan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih semoga Tuhan membalas kebaikan tuan/puan dengan keselamatan di dunia dan akhirat.
            Sekian dan terima kasih.

KASIH SAYANG KEPERLUAN SETIAP INSAN

3 comments:

  1. Assalamualaikum puan rumah selawat Nabi sesuai tak utk sya wanita remaja yg bermasalah??😔😔

    ReplyDelete
  2. 1570 9112 3029 (Roslina Sulaiman), ini guna nama bank apa?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum bole chat saya d whatsap 01126561471

    ReplyDelete