PROFAIL
RUMAH AMAL SELAWAT NABI
LOT 42, TAMAN UJANA SEJATI,
BATU 7, JALAN AIRPORT,
90000, SANDAKAN
SABAH.
Di bawah naungan: PERTUBUHAN AMAL CAHAYA
KASIH (SABAH) (ROS:0121-11-SBH)
KASIH SAYANG KEPERLUAN
SETIAP INSAN
**********************************************
![]() | |
Pelajar-pelajar RASN Sandakan |
PROFAIL
RUMAH AMAL SELAWAT NABI (RASN)
MUKADDIMAH
“ Wahai orang yang beriman,
janganlah kamu dilalaikan oleh urusan harta dan anak- anak kamu daripada
mengingati Allah. Siapa yang melakukan demikian, mereka itu adalah orang-orang
yang rugi. Nafkahlah sebahagian rezeki yang KAMI berikan kepada kamu, sebelum
seseorang daripada kamu sampai kepada ajal maut. Maka dia akan merayu dengan
berkata “Wahai Tuhanku , alangkah baiknya kalau ENGKAU melambatkan kedatangan
ajal mautku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah
dan dapat pula aku menjadi orang soleh”. Allah sekali-kali tidak akan
melambatkan kematian seseorang apabila sampai ajalnya Allah Maha Mengetahui
dalam pengetahuan Nya, mengenai apa yang kamu kerjakan.”
(Al Munafiqun: (63) ayat
9-11)
Sesungguhnya perintah
berkorban pada jalan Allah, menjadi satu syarat bagi Umat Islam mendapat
keselamatan di sisi Allah dunia akhirat. Semoga kita menjadi orang yang
mendapat keselamatan kerana bijak dalam mengatur rezeki.
PENGENALAN
RUMAH AMAL SELAWAT NABI
(RASN) adalah badan
SUKARELAWAN /NGO yang menjalankan aktiviti penjagaan, kebajikan dan pembangunan
pendidikan Islam untuk golongan yang
kurang bernasib baik seperti anak yatim, yatim piatu dan miskin, remaja bermasalah,
keluarga saudara baru, ibu-ibu tunggal dan asnaf zakat. RASN bernaung di bawah PERTUBUHAN AMAL CAHAYA KASIH
(PACK), ditubuhkan pada 12 Januari 2011
dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Negeri Sabah (No Pendaftaran :
0121-11-SBH).
Sumbangan kewangan kepada PACK mendapat
pengiktirafan pelepasan cukai oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan no daftar
LHDN: F21234877103
Pada
Julai 2012, RASN telah memulakan operasinya di Sandakan, Sabah dengan membuka
sebuah rumah penjagaan (asrama) yang beralamat:
LOT 42, TAMAN UJANA SEJATI,
BATU 7, JALAN AIRPORT,
90000, SANDAKAN
SABAH.
Rumah amal ini menjadi
asrama penjagaan yang menempatkan anak-anak daripada golongan asnaf zakat. Anak-anak
di bawah jagaan PACK diasramakan, diberi pendidikan serta latihan kemahiran. Di
samping anak-anak yang tinggal di asrama, RASN juga menjadi badan yang membantu
menyalurkan sumbangan membiayai kos-kos perbelanjaan harian dan pembelajaran
anak-anak golongan asnaf zakt yang berada di rumah atau tempat masing-masing.
OBJEKTIF
- Melahirkan generasi yang seimbang pembangunan rohani dan jasmani bermodalkan model pendidikan Takut Dan Cinta Tuhan.
- Menjadi saluran dan berperanan mengagihkan nikmat kepada golongan yang tidak berkemampuan.
- Melahirkan insan yang memiliki jati diri yang teguh dalam menempuh arus globalisasi yang semakin mencabar.
- Membela golongan yang memerlukan agar mendapat kasih sayang dan pendidikan yang sewajarnya.
- Membimbing remaja yang telah tersasar dan terabai kepada kebenaran dan memberi sinar harapan kepada mereka.
- Menjadi wadah untuk golongan yang berada dan golongan yang kurang berada agar saling bantu membantu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan berkasih sayang.
- Membantu sistem pendidikan berteraskan agama Islam kepada masyarakat yang inginkan kaedah pembelajaran Pendidikan Rasululah secara percuma dan bersumbangan.
AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN
- Menyediakan asrama dan keperluan makan minum, pakaian dan pengangkutan.
- Menyediakan sekolah/kelas untuk pembelajaran.
- Mengadakan kelas Fardhu Ain, Al-Quran, Tuisyen, Khidmat Nasihat Dan Motivasi bagi untuk pelajar dan masyarakat setempat atau bagi sesiapa yang berminat.
- Menyalurkan sumbangan kewangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan asnaf zakat.
- Mengadakan aktiviti luar seperti rehlah, lawatan dan ziarah sebagai mempelbagaikan cara untuk menyampaikan kefahaman dan penghayatan Islam.
- Menyediakan latihan-latihan kemahiran seperti masakan dan jahitan bagi anak-anak perempuan, berkebun dan bertani bagi anak-anak lelaki.
MAKLUMAT-MAKLUMAT RASN
Bernaung di bawah Pertubuhan:
PERTUBUHAN AMAL CAHAYA KASIH (SABAH)
No Pendaftaran : 0121-11-SBH
Ditubuhkan pada 12 Januari 2011
(berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Negeri
Sabah)
Pengiktirafan pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam
Negeri dengan no daftar: LHDN: F21234877103
Alamat Rumah Amal:
LOT 42, TAMAN UJANA SEJATI,
BATU 7, JALAN AIRPORT,
90000, SANDAKAN
SABAH.
No.Telefon untuk
dihubungi:
a. Puan Ainul Mardhiah Hj
Nasri 0198601974 /
0178295705
b. Puan Radhiah Saedin 0178331363
c. Puan Roslina Sulaiman 0134290046
No. Akaun Bank: 1570 9112 3029 (Roslina Sulaiman)
PENUTUP
Besarlah harapan kami agar pelbagai golongan sama ada individu, syarikat,
pertubuhan turut serta berganding bahu dan berkongsi nikmat dalam membantu
golongan ini dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan sama ada dalam bentuk
barangan mahu pun kewangan / zakat. Diharapkan aktiviti ini dapat melahirkan
masyarakat yang prihatin, saling
berkasih sayang , bantu-membantu dan saling membela antara satu sama lain.
Semoga RASN bukan sekadar menjadi saluran
dan kebajikan golongan yang memerlukan, bahkan yang utama sebagai wadah kasih
sayang serta bimbingan ilmu untuk menjadi hamba Tuhan yang bertaqwa. Segala
perhatian dan bantuan yang diberikan kami dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih semoga Tuhan membalas kebaikan tuan/puan dengan keselamatan di dunia dan
akhirat.
Sekian dan terima kasih.
KASIH SAYANG
KEPERLUAN SETIAP INSAN